Apa itu g6pd??

Apa itu g6pd??

G6PD (Glucose 6 Phosphate Dihydrogenase) adlaah sejenis enzim dalam sel darah merah.Fungsi G6PD adalah untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan. Kekurangan G6PD akan menyebabkan sel darah merah mudah dimusnahkan.

Kemusnahan sel darah merah akan menyebabkan bayi mendapat kuning atau jaundis. Tahap kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.
Kekurangan G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki.

Selepas bersalin, sampel darah daripada tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan saringan enzim G6PD.

Prosedur selepas bersalin jika anak anda disahkan g6pd.

1.anak anda akan ditahan di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 5 hari untuk pemerhatian kerana selepas lahir, bayi anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kuning yang tinggi dengan serta merta dan perlu dirawat dengan segera.

2. Bayi anda akan dibenarkan pulang setelah dipastikan tiada  masalah lain..

Pantang Larang g6pd

Elakkan anda anda daripada bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Bahan-bahan tersebut termasuk:

Kacang Parang / Pava Beans

Ubat-ubat tradisional seperti jamu dan ubat-ubat senseh.

Ubat gegat

Penyembur serangga

Anda haruslah beritahu doktor anda bahawa anak anda kekurang G6PD setiap kali mendapat rawatan. Bawa senarai ubat yang tidak boleh diambil dan tunjukkan kepada doktor yang merawat anak anda.

Kesan jika terdedah pada pantang larang

Kekuningan pada kulit atau mata (jaundis) dengan serta-merta
Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
Tidak bermaya
Pucat
Demam
Sesak nafas

Pengalaman anak kekurangan g6pd

Ank sulung sy juga kekurangan g6pd. Sekarang dah nk masuk 3y alhmdulillah makin kuat dan sihat. Waktu bayi dulu memang saya jaga rapi. Saya juga ada tersilp langkah ketika baru shj lepas bersalin saya terus menyapu minyak jamu yang baunya agk kuat. Saya kurang pengalaman pada waktu itu, hari ke 2 ank sy kencing berdarah. Risau sangat waktu itu. Kemudian kuningnya sangat tinggi dan dimasukkan ke unit nicu untuk diletakkan bawah lampu dan pengambilan darah.

Hati ibu mana yang tak sedih bila tgk stiap hari bayi kecik diambil darah kejap kt tangan kejap kt kaki. Tapi tak pelah demi kesihatan ank sy. Dlm hari ke 4 kuning ank sy dh turun dan dibenarkan balik..sy blik hr ke 5 sbb ape pun mmg sy kena tahan 5 hari. Alhamdulillah waktu berpantang tiada masalah dari hari ke hari makin tembam je.

No comments

Powered by Blogger.