Berjimat dengan cloth diapers


PENGALAMAN MENGGUNAKAN CLOTH DIAPERS

Anda mungkin rasa malas kan untuk pakai cd ini kerana perlu dibasuh setiap hari. Saya juga seperti ibu2 dulu, jadi saya ambil langkah bijak dengan menggunakan cd ini apabila anak saya sudah kurang membuang air jadi saya tak perlu menggunakan banyak insert. ini adalah salah satu langkah saya untuk mengajar anak saya membuang air ke tandas (potty training).

Trend masa kini ramai ibu2 mengeluh harga barang naik kan. Mulalah ibu bapa mahu berjimat cermat dengan membeli lampin pakai buang yg murah untuk anak2.Saya pula terpikir kenapa ibu2 tak ambil langkah untuk guna cloth diapers? Ianya lebih selamat drpd lampin pakai buang. Jika anak anda buang air banyak dan lambat tukar lampin risiko untuk ank anda terkena ruam lampin adalah tidak jika menggunakan cd ini.

Saya hanya mengenakan cd ini pd ank sy waktu mlm sebb mlm ank sy tidak berak. So mudah untuk saya cuci. Kalau nk pakai siang hari boleh je cuma saya syorkan untuk ibu2 yang tidak ada masa untuk membasuh cd ini,jd boleh gunakan pd waktu mlm.Jadi mudah untuk basuh kalau anak hanya buang air kecil. Sekurang2 nya anda boleh jimat penggunaan lampin pakai buang pada malam hari. Jom berkenalan dengan cloth diapers

Apa itu Cloth Diaper



Cloth Diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit. Zaman dulu2 kain lampin (napkin) memang digunakan buat anak2 kecil. Ia sesuai untuk digunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan lebih (bergantung pada saiz bayi) dan boleh di cuci .

Bahagian luar cloth diaper dilapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor . Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda masukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan. Setiap helai cloth diaper dibekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari microfiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan.

Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.

Cloth Diapers terdiri daripada Pocket Pants dan Insert

☆Pocket Pants atau dipanggil CD sahaja
☆Bahagian Luar dari kain PUL atau fabric polyurethane laminate yang tahan lasak dan waterproof
☆Bahagian dalam dari Soft Inner Layer atau fabric microfleece/suede berfungsi memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.
☆Snap Buttons (Butang Katup) : Untuk adjust size dari S, M dan L.
☆Pocket Opening-Ruang untuk memasukkan insert/soaker
☆Insert - Berfungsi menyerap basahan dari bayi anda. Sehelai boleh bertahan 3-4 jam.


KELEBIHAN CLOTH DIAPERS

1.LEBIH JIMAT

Penggunaan Cloth diapers adalah berganda2 menjimatkan kos keperluan anak anda. Berbeza dengan penggunaan lampin pakai buang yang agak memakan kos terutama zaman sekarang rata2 harga lampin pakai buang makin meningkat. Anda mungkin menunggu untuk membelinya ketika harga2 promosi offer berlangsung kan.

Jom kita tengok anggaran kos lampin pakai buang

Kos sehari katakan 5 kali, dan katakan harga sekeping lampin pkai buang ialah RM0.60

RM0.60 X 6 = RM3.00 sehari
RM3.00 X 365 hari = RM 1095 setahun
RM1095 X 3 = RM3285 untuk 3 tahun

Kos belian Cloth Diapers berharga RM24

Beli 10 helai : 10 x RM24 = RM 240
Beli 20 helai : 20 x RM24 = RM 480

Kemudian ianya juga boleh digunakan untuk anak seterusnya.

*JAUH BEZA KAN??

2. BAYI CEPAT BELAJAR BUANG AIR KE TANDAS.

Bayi yang menggunakan lampin pakai buang ini lebih cepat belajar membezakan antara basah dan kering walaupun bahagian dalam lampin kain tersebut sentiasa kering dan selesa namun masi ada rasa kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang.Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

3. DESIGN YANG CANTIK DAN WARNA YANG MENARIK BUAT ANAK ANDA

Anak anda akan mudah tertarik dengan cd ini kerana lebih selesa dan cantik. Rekaannya kemas dan selesa buat si kecil. Cara pakai nya sangat mudah.Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

4. LEBIH SELAMAT UNTUK BAYI KERANA TIADA KESAN BAHAN KIMIA
Selain itu Cloth Diapers ini boleh mengelakkan masalah ruam bayi.salah satu punca kepada masalah ruam pada kulit anak anda andalah lambat menukar lampin pakai buang. Namun berbanding pula pada CD walaupun lambat tukar tiada sebutir ruam yang akan timbul pada kulit bayi kerana ianya tiada kesan bahan kimia dan lebih selamat dipakai buat bayi terutamanya bayi yang berkulit sensitif.

5. MESRA ALAM.
Apabila pakai lampin pakai buang ini sudah tentu sampah bertimbun2 di rumah anda kan. Lampin pakai buang adalah penyumbang kepada sampah sarap dan pencemaran
di muka bumi ini.Dengan menggunakan CD tiada lagi sampah sarap yang merupakan punca pencemaran di muka bumi.

6.FREE SIZE
Boleh adjust size menggunakan snap button pada CD.



Jom ibu2 cuba. Berminat untuk menggunakannya, Buy Now atau hubungi saya aza 0192460537.

1 comment:

  1. anak saya masih beruam di punggong walaupon sudah memakai CD...ada apa2 tips?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.