Tungku Besi dan Sarung Herba

APA ITU AMALAN BERTUNGKU DAN MENGAPA IANYA PENTING BAGI WANITA LEPAS BERSALIN.



Amalan bertungku adalah amalan yang amat penting dilakukan sepanjang tempoh berpantang.Ini kerana ianya mempunyai manfaat berpanjangan kepada kesihatan anda.
Amalan bertungku dilakukan sebelum berbengkung. Ianya boleh dilakukan sama ada menggunakan tungku batu sungai atau tungku besi yang sekarang laris di
pasaran.

Tungku Besi boleh digunakan bersama sarungnya sama ada sarung tanpa herba atau berherba. Kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan cuma lebih
istimewa kalau menggunakan sarung berherba.

KEBAIKAN BERTUNGKU

1. Membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.Lebih bagus sekiranya darah anda berhenti lambat untuk emastikan darah dan lendir keluar sepenuhnya
sepanjang tempoh berpantang 44 hari. Rahim wanita tidak akan besih sepenuhnya jika darah berhenti awal.

2.Membantu mengeluarkan semua kotoran dan toksin daripada badan.

3.Dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang kehamilan.

4.Mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin

5.Membantu mengembalikan tubuh badan kepada bentukk keadaan asal dan mengempiskan perut.

Ketika berurut, tukang urut akan menaikkan rahim ibu selepas bersalin ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan mendapat penyakit lain di usia tua.

Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku

1.Bahagian Peranakan

Ianya bertujuan untuk mengecutkan peranakan yang membesar sepanjang kehamilan. Peranakan juga perlu dinaikkan ke atas dengan menolak bahagian rahim dari
bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir selalunya dilakukan oleh tukang urut selepas anda bersalin.
Peranakan yang tidak dinaikkan akan menyebabkan perut menjadi buncit,gelebeh seolah-olah ada benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Bertungku di
bahagian ini mengambil masa lebih kurang 25 minit.

2.Bahagian Badan (bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat dalam keadaan berbaring).

Bahagian pertama yang boleh dilakukan adalah di sekitar buah dada, supaya dapat melancarkan peredaran darah dan pengaliran atau pengeluaran air susu kita
ketika berpantang.

Kemudian, diikuti pula ke bahagian ulu hati, iaitu untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Lakukan dalam masa lebih kurang 5 – 10 minit
sahaja.

Setelah itu beralih ke bahagian ketiak kanan dan kiri. Kemudian barulah dilakukan di bahagian belikat kanan untuk beberapa minit, yang kemudiannya
dipindahkan ke bahagian kiri.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan
perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

3.Bahagian Bawah (bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki).

Bertungku di bahagian-bahagian ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan
menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk
bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Proses bertungku ini memerlukan bantuan daripada orang lain untuk membakar atau memanaskan tungku tersebut kerana ianya agak berat untuk dilakukan oleh ibu
yang baru sahaja bersalin terutama sekali dlam tempoh seminggu selepas bersalin kerana badan ibu masih lagi lemah. Dengan adanya tungku-tungku moden di
pasaran, mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi ibu-ibu ini.

KEBURUKAN JIKA TIDAK BERTUNGKU.

Bagi wanita-wanita yang mengambil remeh amalan bertungku ketik berpantang anda perlu mengambil tahu akan Kesan buruknya kerana mungkin anda tidak nampak akan
kesannya pada masa terdekat namun di masa hadapan nanti anda akan mula terasa kesannyapada diri anda. Berikut adalah kesan-kesan buruk jika anda tidak
bertungku.

1. Mengalami masalah Rahim Jatuh atau prolapse
Rahim jatuh adalah di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini disebabkan ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

1.Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
2.Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
3.Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar
"tombong”.

2.Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah buang air kecil seperti:

kerap membuang air kecil
sakit ketika nak buang air kecil
kencing yang tidak dapat dikawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.


3.Gangguan Hubungan Kelamin- disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka
kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada
sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.

4.Sakit Pingang dan Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita - Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian
sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Hal Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ianya menarik
otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

5.Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan
luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes
dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

Untuk mengelakkan dari masalah ini berlaku, amalan -amalan penting ketika berpantang perlulah anda amalkan iaitu berurut, berbengkung, bertungku, memakai
stokin dan lain - lain lagi.Amalan berbengkung dan bertungku ini membantu untuk mengecutkan rahim dengan cepat, mengeluarkan darah nifas, membantu
mengempiskan perut dan sebagainya.Oleh itu ibu-ibu tidak sepatutnya mengabaikan kata-kata orang tua yang sering kali membebel terhadap kita supaya berpantang
dengan betul.

Anda tercari cari tungku yang mudah digunakan??? Kami menyediakan set bertungku iaitu tungku besi dan sarung tungku berherba.


Tungku Besi berat 1.5 ke 2kg 

Cara penggunaan tungku besi 
Panaskan tungku besi selama 20 minit di atas api yang sederhana.
Tutup api,biarkan tungku besi tersebut dalam 5 minit,kemudian baru masukkan ke dalam sarung herba. Jangan masukkan terus tungku besi selepas dipanaskan ke dalam sarung ya untuk mengelakkan daripada sarung tersebut terbakar. Biarkan seketika atau masukkan daun sebagai lapik panas.
Anda boleh masukkan daun pandan ke dalam sarung tersebut.  
Kemudian bolehla bertungku. 

Sarung tungku berherba
Bagi mengekalkan kualiti herba, simpan sarung tungku ini di dalam bekas kedap udara. Sarung berherba mengandungi rempah ratus terpilih. 












Berminat untuk tempahan whatsapps 0182203110

























1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site Review & Ratings by Lucky Club
    Lucky Club Casino is one of the best sites luckyclub.live that gives you a fantastic opportunity to enjoy live casino games, such as Blackjack, Roulette, Baccarat,

    ReplyDelete

Powered by Blogger.