Sakit pinggang ketika hamil

KURANGI SAKIT PINGGANG DAN NYERI PINGGUL DENGAN MENGGUNAKAN PREGNANCY BELT.

    Kira-kira 1/2 hingga 3/4 wanita hamil mengalami masalah sakit pinggang,nyeri pinggul dan lenguh belakang.

Namun ibu-ibu tak perlu risau kerana  banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan ini dan menghalangnya daripada menjadi masalah jangka panjang.

👉Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit pinggang sebenar terjadi apabila ligamen (tisu-tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda), otot-otot, cakera dan sendi-sendi anda tertekan akibat postur yang tidak elok, teknik mengangkat yang salah, otot-otot yang lemah atau ketat, ataupun kecederaan. Jika anda mengalami masalah ini semasa hamil, kemungkinan besar anda sudahpun mengalaminya sebelum hamil lagi.

👉Cara Mengurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

1. Senaman
Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis. Teruskan mengemut selama 5 hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Tenangkan otot perlahan-lahan pada akhir senaman.

2. Urutan
Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan. Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat ahli fisioterapi.

3. Postur Yang Baik
Jika anda mengalami kesakitan pada tulang punggung, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa. Cuba duduk di atas kusyen lembut.

4. Berenang
Kelas seperti ini boleh membantu melegakan sakit pinggang semasa hamil.

5. Maternity Pillow
Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu mengurangkan sakit pinggang.

6.PREGNACNY BELT.

📢📢Bagaimana pregnacy belt boleh membantu mommies📢📢

Pregnancy belt ini membantu memberikan postur badan yang baik buat ibu hamil terutamanya apabila bekerja sama ada duduk berhadapan komputer, melakukan kerja-kerja rumah dan tugasan seharian mommies.

Ianya membantu mengurangkan sakit pinggang dan pinggul dengan menyokong perut ibu dan mengurangkan tekanan yang diberikan pada tubuh ibu yang perlu menampung pertambahan berat badan mereka yang semakin meningkat selari dengan pembesaran bayi di dalam kandungan.

Apa tunggu lagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini harus mencari alternatif untuk mengurangi sakit yang dihadapi supaya ianya tidak terjadi lagi selepas anda bersalin.




JOM CUBA PREGNANCY BELT INI, BERMINAT TERUS
📲 WHATSAPPS KE 0192460537 SEKARANG.

No comments

Powered by Blogger.