z35W7z4v9z8w

Friday, 15 January 2016

Bengkung Yang sesuai untuk bersalin secara ceaser.



Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda.
Kebanyakan ibu-ibu yang bersalin secara ceaser majoritinya bukanla atas permintaan mereka, namun begitu ianya mungkin berlaku adalah disebabkan beberapa sebab antaranya masalah posisi bayi tersebut mungkin songsang atau masalah bentuk tulang kajang yang sempit yang sukar memberi laluan kepada bayi untuk keluar secara normal.

Sesetengah ibu - ibu bersalin secara ceaser tidak mengambil berat proses penjagaan dalam pantang , walaupun ceaser tidak melibatkan luka di pintu faraj, namun begitu keadaan rahim turut bengkak dan luka-luka pembedahan di bahagian perut juga perlukan penjagaan yang rapi untuk sembuh. Luka di bersalin ceaser mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding bersalin normal.

Mereka yang bersalin secara ceaser adalah lebih berisiko untuk mengalami pengumpulan angin dan menyebabkan badan menjadi lesu,kendur dan tidak bertenaga.Mereka juga lebih mudah untuk mengalami perut buncit dan akan mengambil masa sedikit untuk mengembalikan badan ke bentuk asal. Oleh itu seharusnya proses berpantang itu diamalkan dengan baik iaitu dengan mengamalkan segala rawatan-rawatan tradisional bagi mengelakkan bentan urat peranakan dan keracunan di luka pembedahan. Tempoh berpantang bagi mereka memakan masa yang lama iaitu sekurang-kurangnya 100 hari bagi memulihkan dalaman dan luaran ibu-ibu.

Antara rawatan-rawatan tradisional yang perlu diamalkan adalah:

1) Bertungku dan berbengkung bagi memecahkan lendir dan angin dan melancarkan peredaran darah.
2) Mandi dengan air rebusan daun-daun herba
3) Membasuh alat sulit sebagaimana ibu-ibu yang bersalin secara normal
4) Minum air-air herba seperti air akar kayu bagi memecahkan angin-angin di badan anda untuk mengelakkan daripada penyakit sejuk dan bentan,juga baik untuk melancarkan peredaran darah.
5)amalan pemakaian bengkung.


PEMAKAIAN BENGKUNG BAGI IBU BERSALIN CEASER

Pemakaian bengkung ini selalunya dibuat selepas anda bertungku dan bagi yang bersalin ceaser pemakaian bengkung boleh dibuat pada hari berikutnya selepas bersalin sekurang-kurangnya seminggu. Mereka juga disarankan untuk bertungku dengan hanya meletakkan tungku secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat. Bertungku boleh dilakukan 2 hari sekali iaitu pada waktu pagi dan petang.

Bagaimanakah ciri pemakaian Bengkung  bagi ibu - ibu bersalin secara ceaser?

Bengkung yang sesuai adalah bengkung yang lembut dan mudah untuk dilaraskan saiznya bagi memudahkan mereka untuk melaraskan saiz mengikut kehendak mereka. Pemakaian bengkung bagi mereka selepas bersalin tidak boleh pakai terlampau ketat, cukup sekadar memakainya dengan biasa-biasa sahaja. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada jahitan anda terbuka. Sebelum memakai bengkung sapulah minyak-minyak urut di sekitar perut dan di atas jahitan,pinggang serta pinggul.Tisu gulung digunakan untuk melapik bengkung sewaktu di dalam tempoh berpantang selepas bersalin untuk mengelakkan daripada bengkung kotor dan menyerap peluh terutama di bahagian pembedahan. Tisu ini boleh diganti dengan tisu baru yang bersih tiap kali selepas mandi.

Mengapa Bengkung Moden zap 3 in1 sesuai untuk ibu-ibu bersalin ceaser?

1) Materialnya adalah terdiri daripada polyster fiber yang lembut dan elastic.

Ada 3 jenis bengkung moden yang saya syorkan kepada anda iaitu
>BENGKUNG MODEN STANDARD - sederhana tebal dan sederhana lembut
>BENGKUNG MODEN PREMIUM - sederhana tebal ,lembut dan lebih kemas
>SUPER PREMIUM - berkualiti tinggi,lebih nipis dan lembut (sesuai untuk pemakaian jangka masa yang panjang,lebih tahan lama).

 RUJUK SINI UNTUK DETAIL INFO JENIS BENGKUNG ZAP INI. Click Here

2.Bengkung moden ini mempunyai tulang di bahagian perut dan pinggang bagi membantu memudahkan pergerakan ibu bersalin secara ceaser untuk menyokong tulang belakang mereka dan memudahkan pemberian susu kepada bayi mereka,iaitu dengan menyokong postur badan bagi mengelakkan sakit pinggang atau lenguh belakang.

3. Bengkung ini membantu menyokong perut anda supaya tidak berasa sakit ketika bersin atau batuk dan membantu anda supaya duduk dengan postur yang baik.

4. Bengkung ini elastic dan mempunyai pelekat yang memudahkan ibu-ibu untuk melaraskan bengkung mengikut saiz yang sesuai iaitu tidak terlampau ketat pada awal-awal selepas bersalin dan selepas  tempoh 2 minggu atau sebulan anda boleh pakai seperti biasa.

5.Design nya yang mempunyai ruang-ruang pengudaraan yang bagus untuk memberi keselesaan kepada ibu-ibu.

6. Menyerap peluh, ini dapat mengelakkan daripada ibu - ibu mudah terasa gatal dan menjaga luka di kawasan jahitan.

Bagi ibu-ibu bersalin normal anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk memkai bengkung moden ini malah memberi kemudahan kepada anda terutama bagi yang berpantang sendiri kerana ia sangat mudah dipakai dan dibuka.

TUJUAN BERBENGKUNG.

Tujuan utama berbengkung adalah untuk memecahkan angin di dalam badan anda, membantu mengeluarkan darah nifas dan membuang segala lendir-lendir di dalam badan anda, Selain itu ianya perlu untuk mengelakkan badan daripada dimasuki angin serta menjaga peranakan kita. Jika anda tidak berbengkung anda akan mengalami perut buncit,mudah rasa sakit pinggang,lenguh-lenguh badan, peranakan jatuh apabila selepas bersalin.

90 % daripada pelanggan saya amat berpuas hati dengan pemakaian dan penggunaan bengkung moden ini. Anda boleh lihat di sini Feedback penggunaan bengkung moden set 3 in 1





*Berminat untuk mencuba dengan harga promosi sekarang boleh terus whatsapps ke 0192460537 sekarang atau  shop now

*Berita Baik anda berpeluang mendapat free gift untuk setiap pembelian dengan hanya  Click here dan follow .




No comments:

Post a Comment