Bengkung Bersalin Caesar



Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda.
Kebanyakan ibu-ibu yang bersalin secara ceaser majoritinya bukanla atas permintaan mereka, namun begitu ianya mungkin berlaku adalah disebabkan beberapa sebab antaranya masalah posisi bayi tersebut mungkin songsang atau masalah bentuk tulang kajang yang sempit yang sukar memberi laluan kepada bayi untuk keluar secara normal.

Sesetengah ibu - ibu bersalin secara ceaser tidak mengambil berat proses penjagaan dalam pantang , walaupun ceaser tidak melibatkan luka di pintu faraj, namun begitu keadaan rahim turut bengkak dan luka-luka pembedahan di bahagian perut juga perlukan penjagaan yang rapi untuk sembuh. Luka di bersalin ceaser mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding bersalin normal.

Mereka yang bersalin secara ceaser adalah lebih berisiko untuk mengalami pengumpulan angin dan menyebabkan badan menjadi lesu,kendur dan tidak bertenaga.Mereka juga lebih mudah untuk mengalami perut buncit dan akan mengambil masa sedikit untuk mengembalikan badan ke bentuk asal. Oleh itu seharusnya proses berpantang itu diamalkan dengan baik iaitu dengan mengamalkan segala rawatan-rawatan tradisional bagi mengelakkan bentan urat peranakan dan keracunan di luka pembedahan. Tempoh berpantang bagi mereka memakan masa yang lama iaitu sekurang-kurangnya 100 hari bagi memulihkan dalaman dan luaran ibu-ibu.

Antara rawatan-rawatan tradisional yang perlu diamalkan adalah:

1) Bertungku dan berbengkung bagi memecahkan lendir dan angin dan melancarkan peredaran darah.
2) Mandi dengan air rebusan daun-daun herba
3) Membasuh alat sulit sebagaimana ibu-ibu yang bersalin secara normal
4) Minum air-air herba seperti air akar kayu bagi memecahkan angin-angin di badan anda untuk mengelakkan daripada penyakit sejuk dan bentan,juga baik untuk melancarkan peredaran darah.
5)amalan pemakaian bengkung.


PEMAKAIAN BENGKUNG BAGI IBU BERSALIN CEASER

Pemakaian bengkung ini selalunya dibuat selepas anda bertungku dan bagi yang bersalin ceaser pemakaian bengkung boleh dibuat pada hari berikutnya selepas bersalin sekurang-kurangnya seminggu. Mereka juga disarankan untuk bertungku dengan hanya meletakkan tungku secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat. Bertungku boleh dilakukan 2 hari sekali iaitu pada waktu pagi dan petang.

Bagaimanakah ciri pemakaian Bengkung  bagi ibu - ibu bersalin secara ceaser?

Bengkung yang sesuai adalah bengkung yang lembut dan mudah untuk dilaraskan saiznya bagi memudahkan mereka untuk melaraskan saiz mengikut kehendak mereka. Pemakaian bengkung bagi mereka selepas bersalin tidak boleh pakai terlampau ketat, cukup sekadar memakainya dengan biasa-biasa sahaja.

Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada jahitan anda terbuka. Sebelum memakai bengkung sapulah minyak-minyak urut di sekitar perut dan di atas jahitan,pinggang serta pinggul.Tisu gulung digunakan untuk melapik bengkung sewaktu di dalam tempoh berpantang selepas bersalin untuk mengelakkan daripada bengkung kotor dan menyerap peluh terutama di bahagian pembedahan. Tisu ini boleh diganti dengan tisu baru yang bersih tiap kali selepas mandi.

Mengapa Bengkung Cotton ini sesuai untuk ibu-ibu bersalin ceaser?

1) Materialnya adalah terdiri daripada cotton yang lembut dan ianya membantu menjaga luka caesar anda
2) Pengudaraan yang bagus
3) Menyerap peluh dengan baik
4) Tidak Mudah Panas dan gatal walau dipakai dalam jangka masa yang lama


Ada 4 jenis bengkung moden yang saya syorkan kepada anda iaitu

>BENGKUNG CAESAR COTTON 2 IN 1
>BENGKUNG CAESAR COTTON EXTRA ZAP
>BENGKUNG CAESAR COTTON 3 BUTTON
>BENGKUNG CAESAR COTTON SUPER EXTRA ZAP


Apa perbezaan ke empat jenis bengkung ini?


1. BENGKUNG MODEN COTTON 2 IN 1

Direka khas bagi ibu bersalin caesar,normal tiada masalah untuk pakai. Ianya menggunakan material yang lembut dan menyerap peluh, bagi menjaga luka caesar supaya tidak mudah gatal dan menyakitkan.

Ciri - ciri bengkung ini :

  • Material cotton
  • Bersifat Elastik
  • Material yang lembut dan menyerap peluh dengan baik
  • 2 bahagian iaitu bahagian perut dan pinggul
  • Mempunyai 4 zap dan boleh dilaraskan, 3 zap di bahagian perut, 1 zap bahagian pinggul
  • Tidak bertulang di bahagian belakang
  • Merangkumi sehingga bahagian pinggul


2. BENGKUNG CAESAREAN COTTON EXTRA ZAP


Direka khas bagi ibu bersalin caesar, normal tiada masalah untuk memakainya. 

Ciri - ciri bengkung ini :

  • Material cotton
  • Material yang lembut dan menyerap peluh dengan baik
  • Mempunyai 5 zap dan pelekatnya lebih kuat, 1 Bahagian sahaja
  • Kawasan zap lebih besar,boleh dilaraskan.
  • Bertulang di bahagian belakang untuk membantu menyokong tulang belakang ibu dan memberikan postur yang baik buat si ibu lepas bersalin.
Ukur lilit perut selepas bersalin (inchi)

M 29 inch - 33 inch
L 31 inch - 38 inch
Xl 36 inch - 45 inch

3. BENGKUNG CAESAREAN COTTON 3 BUTTON

Ciri - ciri bengkung ini : 

  • Material cotton
  • Material yang lembut dan menyerap peluh dengan baik
  • Mempunyai 3 zap dan boleh dilaraskan
  • Tidak bertulang di bahagian belakang
  • Bersifat Elastik

UKURAN SAIZ - ukuran lilit perut selepas bersalin (inch)

s 26 inch - 31 inch
m 29 inch - 38 inch
L 37 inch - 45 inch


4. BENGKUNG CAESAR COTTON SUPER EXTRA ZAP

Ciri - ciri bengkung ini :

  • Diperbuat daripada kain cotton yang bermutu tinggi
  • Cotton yang lembut yang tidak menyakitkan luka
  • Menyerap peluh supaya tidak menyebabkan luka anda gatal dan tidak selesa
  • Bengkung ini mempunyai 3 velcro bahagian dalam, dan kemudian 1 velcro besar bahagian luar menjadikan ianya lebih kemas dan kedap, membantu dan mengelakkan badan mommies dimasuki angin.
  • Kawasan lekatan yang lebih panjang, maksudnya ianya boleh ditarik dan dilekatkan di kawasan lekatan yang besar.Jadi ianya boleh dipakai lama( masa anda sudah kurus juga boleh pakai)
  • Bertulang lembut sahaja di bahagian belakang,ianya tidak menyakitkan malah membantu menyokong belakang dan pinggang anda terutamanya ketika menyusukan bayi anda.

Ukuran saiz pinggang dalam inchi


L 29 inchi - 37 inchi
XL 38 inchi - 45 inchi


Bagi ibu-ibu bersalin normal anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk memakai bengkung moden ini malah memberi kemudahan kepada anda terutama bagi yang berpantang sendiri kerana ia sangat mudah dipakai dan dibuka.














*Berminat untuk mencuba dengan harga promosi sekarang boleh terus whatsapps ke 0182203110 ATAU anda boleh terus menempahnya melalui webitse Bengkung Caesar





No comments

Powered by Blogger.