z35W7z4v9z8w

Monday, 25 January 2016

Cara menentukan ukuran saiz bra anda

Antara satu soalan yang sering ditanya oleh customer saya adalah cara nak tentukan saiz bra yang dipakai.Mungkin ada sesetengah customer saya mengalami perubahan saiz bra selepas berkahwin dan bersalin, jadi mereka tidak tahu saiz yang sepatutnya diambil.

Kebanyakan ibu lepas bersalin memang akan mengalami perubahan pada saiz bra mereka kerana dari saat anda hamil lagi payudara telah  membina lebih banyak tisu-tisu untuk memuatkan kalenjar-kalenjar susu menyebabkan saiz payudara agak padat dan besar daripada biasanya.

Oleh itu anda perlu tahu untuk mengukur saiz bra anda iaitu dengan 2 cara berikut:

1.Band Size (ukur lilit badan anda)
2.Cup size (ukuran cawan.)

Bagaimana pula nak mengukurnya????


Cara 1 Band size

Pakai bra semasa mengukur sambil berdiri. Ukur di sekeliling bawah payudara.
Jika mendapat nombor genap, tambah 4 inci.
Jika mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.

>Contoh nya ukur lilit bawah payudara anda bersamaan 75 cm.

>Kemudian 75 cm adalah bersamaan dengan 29 inci
Untuk mendapatkan saiz ukuran bra anda ambil 29 inci tambah 5 inchi, hasilnya adalah 34 inchi.

>Oleh itu,kalau anda mahu membeli bra, boleh terus cari bra saiz 34/75.

Berikut ialah ukuran daripada lilit bawah payudara (band size) :
> lilit bawah payudara 63-67cm ukuran anda adalah 30/65
>llit bawah payudara 68-72cm ukuran anda adalah 32/70
>lilit bawah payudara 73-77cm ukuran anda adalah 34/75
>lilit bawah payudara 78-82cm ukuran anda adalah 36/80
>lilit bawah payudara 83-87cm ukuran anda adalah 38/85
>lilit bawah payudara 88-92cm ukuran anda adalah 40/90
>lilit bawah payudara 93-97cm ukuran anda adalah 42/95
>lilit bawah payudara 98cm-102cm ukuran anda adalah 44/100

Cara 2 cup size




Ukur lilit terlebih dahulu bahagian paling menonjol payudara hingga ke belakang. Di bahagian terpadat payudara. Jangan terlalu ketat atau terlalu longgar.
 Contohnya anda dapat 31.

Jadi untuk dapatkan saiz cup bra yang sesuai bersamaan:

Ukur lilit bahagian palin menonjol payudara- band size =  saiz cup anda

31 - 29 = 2 inchi

Jika nombornya sama, saiz cup anda ialah A.
Jika nombornya berbeza 1 inci, saiz cup anda ialah B.
Jika nombornya berbeza 2 inci, saiz cup anda ialah C.
Jika nombornya berbeza 3 inci, saiz cup anda ialah D.
Jika nombornya berbeza 4 inci, saiz cup anda ialah E.

= Jadi saiz cup anda adalah c

Jadi ukuran bra anda adalah 34C

Kesilapan didalam memilih saiz bra boleh menyebabkan pengudaraan yang tidak nyaman dan tidak keselesaan kepada anda.

No comments:

Post a Comment