5 Tips Kurus dan ramping secara semulajadi selepas Bersalin.

Kebanyakan wanita mengalami kenaikan berat badan dan masalah perut buncit selepas bersalin. Ini adalah perkara normal, anda perlu tahu sepanjang proses kehamilan selama 9 bulan anda ibu ibu akan mengalami kenaikan berat badan antara 6 ke 20 kg atau mungkin lebih lagi. Jadi untuk menurunkannya perlukan masa untuk kurus dan kembali cergas.Proses kehamilan memakan masa yang lama, jadi begitu juga proses untuk turunkan berat badan.

Diet selepas bersalin adalah tidak digalakkan kerana pada waktu ini,badan anda amat memerlukan tenaga dan nutrien2 bagi memenuhi keperluan ibu dan anak anda. Pergerakan anda selepas bersalin juga turut terbatas jadi anda tidak boleh mengambil langkah untuk bersenam.

Jadi anda boleh menetapkan 6 bulan pertama untuk kurus secara semulajadi.Antara cara-cara yang boleh diambil ibu untuk menurunkan berat badan selepas bersalin adalah :


1)Senaman Kegel

Tahukah anda Senaman kegel adalah senaman yang boleh dilakukan sehari selepas bersalin. Mulakan rutin senaman yang mudah dan ringkas untuk ibu2 yang baru bersalin yang boleh dibuat di rumah sahaja. Ianya bagus untuk mengetatkan otot yang digunakan semasa mebuang air kecil. Ia juga boleh dilakukan sekali bersama pelvic tilts yang berfungsi untuk mengempiskan perut dan mengerjakan otot punggung.



2) Amalan berpantang dan pemakaian Bengkung
Ibu2 boleh mengambil langkah dengan mengamalkan pemakaian bengkung semasa berpantang. Proses berpantang perlu dijalani dengan rapi untuk memperbaiki dalaman dan mengembalikan tenaga anda selepas bersalin. Pemakaian bengkung ini bukan sahaja boleh membantu mengempiskan perut tetapi ia juga membantu mengencangkan otot2 anda selepas bersalin, menjaga dan menaikkan peranakan, membantu menyokong tulang belakang , merapatkan tulang pinggul yang meregang selepas bersalin dan lain-lain lagi. Pemakaian bengkung moden juga sudah dikenali di kalangan ibu 2 kerana rekabentuk nya yang memudahkan ibu2 untuk menggunakannya. Kenali bengkung moden click here http://mamaammarmardhiah.blogspot.my/2016/01/mengapa-anda-perlu-bertukar-ke-bengkung.html.


3) Breastfeeding
Ibu2 selepas bersalin sangat bertuah kerana dapat berpeluang untuk menyusukan anak anda. Penyusuan bayi dapat membantu membakar kalori dengan lebih cepat. ibu2 digalakkan untuk menyusukan anak secara ekslusif untuk sekurang2 nya selama 6 bulan. Ianya bukan sahaja bagus untuk menurunkan berat, namun ianya juga membantu proses pengecutan rahim.

4) Minum air masak yang cukup
Ibu2 digalakkan untuk meminum air masak yang secukupnya untuk memudahkan proses pembuangan supaya tidak mengalami masalah sembelit. Ianya juga membantu mengempiskan perut kite secara tidak langsung.

5) Sokongan dari suami
Sokongan dari suami adalah sangat penting kerana wanita2 selepas bersalin ini adalah lebih cenderung untuk menghadapi gangguan emosi. Jadi jika emosi terganggu isteri anda mungkin tidak ada semangat untuk memperbaiki dirinya dan menjaga kesihatannya. Perlu diingat tujuan untuk menurunkan berat badan adalah bukan sahaja untuk nampak cantik tetapi adalah untuk menjaga kesihatan dan memulihkan kembali tenaga2, otot2 dan urat2 anda yang perlu diperbaiki selepas proses bersalin.

Berminat untuk mendapatkan bengkung moden yang mudah dipakai?
Hubungi Azza 0192460537.



No comments

Powered by Blogger.