Berpantang dengan Bengkung Moden 3 in 1

MENGAPA ANDA PERLU BERTUKAR KE BENGKUNG MODEN?

Pada zaman sekarang, kebanyakan ibu-ibu tidak seperti zaman dahulu yang kebanyakannya tidak bekerja. Dengan perubahan ekonomi masa kini, kebanyakan ibu majoritinya adalah bekerja walaupun seorang suri rumah tetap mencari pendapatan sampingan dari rumah.

Trend masa kini ibu-ibu banyak memilih untuk berpantang sendiri. Kebanyakan ibu-ibu sibuk walaupun dalam masa berpantang dan ada yang perlu menguruskan anak-anak yang lain. 

Jadi sesetengah ibu terpaksa mengabaikan amalan-amalan yang perlu dibuat ketika berpantang dan antara salah satunya adalah berbengkung kerana bagi mereka ianya adalah sangat merumitkan dan makan masa untuk memakainya.

Namun amalan berbengkung ini tidak menjadi rumit jika menggunakan kerana kita Hanya perlu tarik dan lekat sahaja sudah siap.

Anda mahu memilih untuk malas untuk berbengkung atau mahu pilih cara mudah untuk berbengkung?Jika mahu memilih cara mudah anda bolehla mengamalkan bengkung moden 3 in 1 ini. Berikut adalah detail tentang bengkung moden ini. 

Klik untuk View feedback customer untuk bengkung moden ini.




Bengkung moden ini diperbuat daripada polyster + spandex dan jenis elastik. Material ini memudahkan anda untuk melaraskan saiz mengikut kehendak anda. Design bengkung moden mempunyai ruang- ruang udara bagi memberi ruang pengudaraan untuk memberi keselesaan kepada ibu-ibu. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian dada,perut dan pinggul.

Bengkung moden mempunyai pelekat yang kemas dan kuat. Bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri dengan anak-anak lagi memang sangat sesuai dengan penggunaan bengkung moden ini. Hal ini kerana ia sangat mudah dipakai dan dibuka dan yang paing istimewa adalah anda tidak perlu untuk meminta bantuan orang lain untuk memakainya. Sudah tentu anda tidak mempunyai banyak masa dengan perlu menguruskan bayi anda lagi dan juga anak-anak yang lain.

Sangat bahaya jika anda berpantang sendiri dan dalam masa yang lama anda banyak membuat kerja ketika dalam pantang tapi anda tidak memakai bengkung kerana malas untuk mengikat bengkung. Ini boleh menyebabkan peranakan anda jatuh.


Selepas bersalin sudah tentu perut anda mempunyai masalah perut buncit. Dengan pemakaian bengkung moden ini secara konsisten ia dapat membantu mengempiskan perut anda seawal seminggu sahaja. Kebanyakan ibu-ibu lebih suka memakai bengkung sejam ke dua jam dengan alasan sukar untuk memakainya dan kurang selesa untuk buat kerja. 


Sebenarnya pemakaian bengkung seelok2nya dipakai pagi, petang dan juga malam..Ianya dibuka hanya ketika anda mandi dan buang air sahaja. Hal ini bagus untuk menjaga badan dan mengencangkan kembali otot-otot ibu selepas bersalin.adalah lebih bagus jika pemakaian bengkung disertai dengan krim barut.


Bagi ibu yang menyusukan anak mereka jangan risau kerana bengkung moden ini dapat menyokong tulang belakang anda dan badan anda akan terasa tegak dan sangat selesa untuk menyusukan anak. 









Bengkung ini juga boleh diteruskan pemakaiannya sehingga tamat tempoh berpantang kerana ianya sangat kemas dipakai dan orang tidak akan perasan anda sedang memakai bengkung. Ianya dapat menangani masalah sakit pinggang akibat terlampau banyak membuat kerja.

KESAN - KESAN yang mungkin terjadi jika anda MALAS BERBENGKUNG KETIKA BERPANTANG?
Perut menjadi buncit dan menggeleber
mengalami masalah peranakan jatuh
mengalami ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranakan, ari-ari dan di bahagian celah peha>kerap berasa sakit – sakit dan lenguh – lenguh badan
Mempercepatkan penuaan sebelum tiba masanya>Badan lemah dan kurang bermaya>Rasa sakit dan ngilu ketika hubungan suami isteri

KEBAIKAN BERBENGKUNG
Membantu menaikkan dan mengembalikan kedudukan peranakan
Membantu merapatkan tulang pinggul
Mengekalkan dan menjaga bentuk badan
Membantu mengempiskan perut anda selepas bersalin
Mempercepatkan proses pengecutan rahim
Mengelakkan rasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin
Memberi sokongan pada perut apabila bergerak
Mengetatkan semula otot – otot yang lemah selepas bersalin
Menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan juga selepas bersalin
Membolehkan ibu-ibu menyusukan anak mereka dengan postur badan yang betul kerana bengkung membantu menyokong tulang belakang anda.
Membantu memecahkan toksik lendir dan menghalang kemasukan angin dalam perut
Membantu mengeluarkan darah nifas dengan sempurna dan membolehkan kitaran ha3d menjadi lebih teratur.



Berminat untuk order,hubungi saya azah 01982203110 atau  dapatkannya di LAZADA dengan harga terendah klik Buy At Lazada




No comments

Powered by Blogger.