Susu ibu buat anak kecil anda.

   

Susu ibu adalah susu terbaik buat si kecil. Bukan sahaja untuk anak kecil tapi membawa kebaikan kepada si ibu. Ramai ibu-ibu yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak mereka. Jika ibu-ibu tidak dapat menyusukan anak mereka  sepenuhnya janganlah rasa sedih atau berputus asa kerana anda sudah berusaha untuk memberikannya.Apa pun rezeki itu datangnya dari Allah. Teruskan menjaga anak anda, jangan pernah ada rasa down atau stree disebabkan masalah tersebnut. Niat,usaha dan tawakkal.

Ibu-ibu digalakkan memberi susu badan secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan kerana penyusuan ibu ini juga membantu untuk memperbaiki tubuh kita selepas bersalin.Antaranya adalah :

1.dapat membantu mengecutkan rahim selepas bersalin.
2.Ianya juga membantu mebakar kalori si ibu sehingga 500 kalori sehari.
3.Ianya juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara,pre monopause dan kanser ovari.
4. Mengeratkan hubungan ibu dan anak kerana terdapat rangsangan ketika ibu menyusukan anaknya.

Anak-anak juga lebih kuat antibodi mereka dan tidak mudah dijangkiti penyakit dan menjadikan anak anda lebih bijak.



Allah juga ada menyebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud :

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyasuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yangsepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan jangan juga menjadikan sesorang bapa itu menderita kerana anaknya, dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada) kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan perseutujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidak salah (melakukannya). Dan jika kamu beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu  dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. (Surah ALBAQARAH ayat 233)

Kelebihan penyusuan ibu dari segi islam

1. Setiap susu badan ibu yang diberikannya kepada bayi si ibu akan mendapat satu pahala
2. Malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga adalah wajib bagi ibu-ibu yang menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 setengah tahun) serta beramal soleh dan taat keapda suami sepanjang tempoh penyusuan.
3. Ibu yang memberi susu badan kepada bayinya yang menangis akan diberi pahala satu tahun solat dan puasa oleh Allah
4. Allah s.w.t akan memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah ke atas ibu-ibu yang tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit.

Tips untuk memperbanyakkan susu badan:

1) Niat, jangan stress atau banyakkan berehat, elak daripada kepenatan.
2) Mengamalkan konsep demand anda supply. Kerapkan penyusuan supaya permintaan untuk susu anda menjadi lebih kerap dan ini meningkatkan hasil susu anda. Namun begitu ianya juga bergantung kepada kekerapan bayi anda menyusu. Sesetengah bayi mempunyai  demand yang tinggi selalunya bayi lelaki lebih tinggi permintaanya berbanding bayi perempuan.
3) Kerap kosongkan payudara anda dengan memberi susu kepada anak anda atau mengepam susu anda.Jika sudah mula kerja, anda perlulah mengepam dengan konsisten dan pam sehingga payudara anda kosong supaya dapat menghasilkan susu lagi.
4)Makan makanan yang berkhasiat seperti sayuran `yang menjadi penggalak susu seperti lobak putih,sawi, brokoli,longan dan sebagainya.
5) Minum air sekurang-kuranya 3 liter sehari.
6) Amalkan supplement yang sesuai dengan anda supaya dapat mebantu melancarkan peredaran darah anda dah membantu menperbanyakkan susu badan. Namun begitu harus diingatkan jika hanya mengamalkan supplement sahaja tanpa mengamalkan konsep penyusuan yang betul seperti di atas, hasilnya tidak begitu menjadi. `

MAKANAN PENGGALAK SUSU

1. Madu
2. kurma
3.habbatussauda
4. horlicks
5.Halba
6.Oat
7. Buah longan kering
8. Jantung Pisang





No comments

Powered by Blogger.