Set Tungku Batu dan Sarung Tungku

Set Tungku Batu Sungai dan Sarung Tungku 

Jom ibu berpantang dengan set tungku batu sungai siap dengan sarung nya sekali, tak perlu untuk ibu-ibu balut dengan kain batik atau apa jua jenis kain untuk membalut tungku yang kadang-kadang agak sukar untuk ibu menguruskan nya kerana kadang-kadang cepat koyak dan susah diikat.

Dengan set ini, kita sediakan sekali dengan sarung nya. 
Kain adalah kain cotton tebal dan bahagian dalam kain cotton dan belacu yang tebal dan tahan lasak. Juga mempunyai pengikat khas yang mudah untuk ibu mengikatnya. Tips untuk jaga ketahanan sarung tungku adalah,selepas ibu panaskan tungku,jangan terus masukkannya ke dalam sarung ye, biar seketika dalam 5 minit supaya sarung itu tidak terbakar.

Atau ibu masukkan daun sireh,daun mengku ke dalam sarung tungku dan kemudian boleh masukkan tungku. 

💕CARA GUNA


1. Panaskan tungku batu sungai di atas dapur dengan api yang sederhana. Elakkan menggunakan api yang pans supaya batu tidak merekah.Ketahanan haba lebih berpanjangan jika dipanaskan dengan api yang sederhana kerana haba akan meresap dengan baik ke dalam batu dengan api yang sederhana.

2. Tunggu dalam 10 ke 20 minit dipanaskan dan tutup api.

3. Selepas itu biar seketika dalam 3 ke 5 minit, balut batu dengan daun sireh atau daun mengkudu atau daun pandan dan kemudian masukkan ke dalam sarung tungku dan ikat dengan kemas sarung tungku tersebut. Cara ini bagus untuk mengelakkan daripada sarung tungku terbakar. Jangan terus masukkan batu ke dalam sarungnya selepas dipanaskan kerana ia akan menyebabkan sarung terbakar.

KELEBIHAN TUNGKU BATU SUNGAI

1. Ianya mempunyai ketahanan haba yang lama, lambat sejuk. Amalkan bertungku setiap hari sepanjang tempoh berpantang pagi dan petang.

Now PROMO FREE SHIPPING AND FREE VOUCHER AT LAZADA. Click Here  untuk tempahan sekarang.











No comments

Powered by Blogger.