z35W7z4v9z8w

Friday, 15 January 2016

Bengkung Yang sesuai untuk bersalin secara ceaser.



Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda.
Kebanyakan ibu-ibu yang bersalin secara ceaser majoritinya bukanla atas permintaan mereka, namun begitu ianya mungkin berlaku adalah disebabkan beberapa sebab antaranya masalah posisi bayi tersebut mungkin songsang atau masalah bentuk tulang kajang yang sempit yang sukar memberi laluan kepada bayi untuk keluar secara normal.

Sesetengah ibu - ibu bersalin secara ceaser tidak mengambil berat proses penjagaan dalam pantang , walaupun ceaser tidak melibatkan luka di pintu faraj, namun begitu keadaan rahim turut bengkak dan luka-luka pembedahan di bahagian perut juga perlukan penjagaan yang rapi untuk sembuh. Luka di bersalin ceaser mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding bersalin normal.

Mereka yang bersalin secara ceaser adalah lebih berisiko untuk mengalami pengumpulan angin dan menyebabkan badan menjadi lesu,kendur dan tidak bertenaga.Mereka juga lebih mudah untuk mengalami perut buncit dan akan mengambil masa sedikit untuk mengembalikan badan ke bentuk asal. Oleh itu seharusnya proses berpantang itu diamalkan dengan baik iaitu dengan mengamalkan segala rawatan-rawatan tradisional bagi mengelakkan bentan urat peranakan dan keracunan di luka pembedahan. Tempoh berpantang bagi mereka memakan masa yang lama iaitu sekurang-kurangnya 100 hari bagi memulihkan dalaman dan luaran ibu-ibu.

Antara rawatan-rawatan tradisional yang perlu diamalkan adalah:

1) Bertungku dan berbengkung bagi memecahkan lendir dan angin dan melancarkan peredaran darah.
2) Mandi dengan air rebusan daun-daun herba
3) Membasuh alat sulit sebagaimana ibu-ibu yang bersalin secara normal
4) Minum air-air herba seperti air akar kayu bagi memecahkan angin-angin di badan anda untuk mengelakkan daripada penyakit sejuk dan bentan,juga baik untuk melancarkan peredaran darah.
5)amalan pemakaian bengkung.


PEMAKAIAN BENGKUNG BAGI IBU BERSALIN CEASER

Pemakaian bengkung ini selalunya dibuat selepas anda bertungku dan bagi yang bersalin ceaser pemakaian bengkung boleh dibuat pada hari berikutnya selepas bersalin sekurang-kurangnya seminggu. Mereka juga disarankan untuk bertungku dengan hanya meletakkan tungku secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat. Bertungku boleh dilakukan 2 hari sekali iaitu pada waktu pagi dan petang.

Bagaimanakah ciri pemakaian Bengkung  bagi ibu - ibu bersalin secara ceaser?

Bengkung yang sesuai adalah bengkung yang lembut dan mudah untuk dilaraskan saiznya bagi memudahkan mereka untuk melaraskan saiz mengikut kehendak mereka. Pemakaian bengkung bagi mereka selepas bersalin tidak boleh pakai terlampau ketat, cukup sekadar memakainya dengan biasa-biasa sahaja. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada jahitan anda terbuka. Sebelum memakai bengkung sapulah minyak-minyak urut di sekitar perut dan di atas jahitan,pinggang serta pinggul.Tisu gulung digunakan untuk melapik bengkung sewaktu di dalam tempoh berpantang selepas bersalin untuk mengelakkan daripada bengkung kotor dan menyerap peluh terutama di bahagian pembedahan. Tisu ini boleh diganti dengan tisu baru yang bersih tiap kali selepas mandi.

Mengapa Bengkung Moden zap 3 in1 sesuai untuk ibu-ibu bersalin ceaser?

1) Materialnya adalah terdiri daripada polyster fiber yang lembut dan elastic.

Ada 3 jenis bengkung moden yang saya syorkan kepada anda iaitu
>BENGKUNG MODEN STANDARD - sederhana tebal dan sederhana lembut
>BENGKUNG MODEN PREMIUM - sederhana tebal ,lembut dan lebih kemas
>SUPER PREMIUM - berkualiti tinggi,lebih nipis dan lembut (sesuai untuk pemakaian jangka masa yang panjang,lebih tahan lama).

 RUJUK SINI UNTUK DETAIL INFO JENIS BENGKUNG ZAP INI. Click Here

2.Bengkung moden ini mempunyai tulang di bahagian perut dan pinggang bagi membantu memudahkan pergerakan ibu bersalin secara ceaser untuk menyokong tulang belakang mereka dan memudahkan pemberian susu kepada bayi mereka,iaitu dengan menyokong postur badan bagi mengelakkan sakit pinggang atau lenguh belakang.

3. Bengkung ini membantu menyokong perut anda supaya tidak berasa sakit ketika bersin atau batuk dan membantu anda supaya duduk dengan postur yang baik.

4. Bengkung ini elastic dan mempunyai pelekat yang memudahkan ibu-ibu untuk melaraskan bengkung mengikut saiz yang sesuai iaitu tidak terlampau ketat pada awal-awal selepas bersalin dan selepas  tempoh 2 minggu atau sebulan anda boleh pakai seperti biasa.

5.Design nya yang mempunyai ruang-ruang pengudaraan yang bagus untuk memberi keselesaan kepada ibu-ibu.

6. Menyerap peluh, ini dapat mengelakkan daripada ibu - ibu mudah terasa gatal dan menjaga luka di kawasan jahitan.

Bagi ibu-ibu bersalin normal anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk memkai bengkung moden ini malah memberi kemudahan kepada anda terutama bagi yang berpantang sendiri kerana ia sangat mudah dipakai dan dibuka.

TUJUAN BERBENGKUNG.

Tujuan utama berbengkung adalah untuk memecahkan angin di dalam badan anda, membantu mengeluarkan darah nifas dan membuang segala lendir-lendir di dalam badan anda, Selain itu ianya perlu untuk mengelakkan badan daripada dimasuki angin serta menjaga peranakan kita. Jika anda tidak berbengkung anda akan mengalami perut buncit,mudah rasa sakit pinggang,lenguh-lenguh badan, peranakan jatuh apabila selepas bersalin.

90 % daripada pelanggan saya amat berpuas hati dengan pemakaian dan penggunaan bengkung moden ini. Anda boleh lihat di sini Feedback penggunaan bengkung moden set 3 in 1





*Berminat untuk mencuba dengan harga promosi sekarang boleh terus whatsapps ke 0192460537 sekarang atau  shop now

*Berita Baik anda berpeluang mendapat free gift untuk setiap pembelian dengan hanya  Click here dan follow .




Wednesday, 13 January 2016

Apa itu g6pd??

Apa itu g6pd??

G6PD (Glucose 6 Phosphate Dihydrogenase) adlaah sejenis enzim dalam sel darah merah.Fungsi G6PD adalah untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan. Kekurangan G6PD akan menyebabkan sel darah merah mudah dimusnahkan.

Kemusnahan sel darah merah akan menyebabkan bayi mendapat kuning atau jaundis. Tahap kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.
Kekurangan G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki.

Selepas bersalin, sampel darah daripada tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan saringan enzim G6PD.

Prosedur selepas bersalin jika anak anda disahkan g6pd.

1.anak anda akan ditahan di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 5 hari untuk pemerhatian kerana selepas lahir, bayi anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kuning yang tinggi dengan serta merta dan perlu dirawat dengan segera.

2. Bayi anda akan dibenarkan pulang setelah dipastikan tiada  masalah lain..

Pantang Larang g6pd

Elakkan anda anda daripada bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Bahan-bahan tersebut termasuk:

Kacang Parang / Pava Beans

Ubat-ubat tradisional seperti jamu dan ubat-ubat senseh.

Ubat gegat

Penyembur serangga

Anda haruslah beritahu doktor anda bahawa anak anda kekurang G6PD setiap kali mendapat rawatan. Bawa senarai ubat yang tidak boleh diambil dan tunjukkan kepada doktor yang merawat anak anda.

Kesan jika terdedah pada pantang larang

Kekuningan pada kulit atau mata (jaundis) dengan serta-merta
Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
Tidak bermaya
Pucat
Demam
Sesak nafas

Pengalaman anak kekurangan g6pd

Ank sulung sy juga kekurangan g6pd. Sekarang dah nk masuk 3y alhmdulillah makin kuat dan sihat. Waktu bayi dulu memang saya jaga rapi. Saya juga ada tersilp langkah ketika baru shj lepas bersalin saya terus menyapu minyak jamu yang baunya agk kuat. Saya kurang pengalaman pada waktu itu, hari ke 2 ank sy kencing berdarah. Risau sangat waktu itu. Kemudian kuningnya sangat tinggi dan dimasukkan ke unit nicu untuk diletakkan bawah lampu dan pengambilan darah.

Hati ibu mana yang tak sedih bila tgk stiap hari bayi kecik diambil darah kejap kt tangan kejap kt kaki. Tapi tak pelah demi kesihatan ank sy. Dlm hari ke 4 kuning ank sy dh turun dan dibenarkan balik..sy blik hr ke 5 sbb ape pun mmg sy kena tahan 5 hari. Alhamdulillah waktu berpantang tiada masalah dari hari ke hari makin tembam je.

Monday, 11 January 2016

5 Tips Kurus dan ramping secara semulajadi selepas Bersalin.

Kebanyakan wanita mengalami kenaikan berat badan dan masalah perut buncit selepas bersalin. Ini adalah perkara normal, anda perlu tahu sepanjang proses kehamilan selama 9 bulan anda ibu ibu akan mengalami kenaikan berat badan antara 6 ke 20 kg atau mungkin lebih lagi. Jadi untuk menurunkannya perlukan masa untuk kurus dan kembali cergas.Proses kehamilan memakan masa yang lama, jadi begitu juga proses untuk turunkan berat badan.

Diet selepas bersalin adalah tidak digalakkan kerana pada waktu ini,badan anda amat memerlukan tenaga dan nutrien2 bagi memenuhi keperluan ibu dan anak anda. Pergerakan anda selepas bersalin juga turut terbatas jadi anda tidak boleh mengambil langkah untuk bersenam.

Jadi anda boleh menetapkan 6 bulan pertama untuk kurus secara semulajadi.Antara cara-cara yang boleh diambil ibu untuk menurunkan berat badan selepas bersalin adalah :


1)Senaman Kegel

Tahukah anda Senaman kegel adalah senaman yang boleh dilakukan sehari selepas bersalin. Mulakan rutin senaman yang mudah dan ringkas untuk ibu2 yang baru bersalin yang boleh dibuat di rumah sahaja. Ianya bagus untuk mengetatkan otot yang digunakan semasa mebuang air kecil. Ia juga boleh dilakukan sekali bersama pelvic tilts yang berfungsi untuk mengempiskan perut dan mengerjakan otot punggung.



2) Amalan berpantang dan pemakaian Bengkung
Ibu2 boleh mengambil langkah dengan mengamalkan pemakaian bengkung semasa berpantang. Proses berpantang perlu dijalani dengan rapi untuk memperbaiki dalaman dan mengembalikan tenaga anda selepas bersalin. Pemakaian bengkung ini bukan sahaja boleh membantu mengempiskan perut tetapi ia juga membantu mengencangkan otot2 anda selepas bersalin, menjaga dan menaikkan peranakan, membantu menyokong tulang belakang , merapatkan tulang pinggul yang meregang selepas bersalin dan lain-lain lagi. Pemakaian bengkung moden juga sudah dikenali di kalangan ibu 2 kerana rekabentuk nya yang memudahkan ibu2 untuk menggunakannya. Kenali bengkung moden click here http://mamaammarmardhiah.blogspot.my/2016/01/mengapa-anda-perlu-bertukar-ke-bengkung.html.


3) Breastfeeding
Ibu2 selepas bersalin sangat bertuah kerana dapat berpeluang untuk menyusukan anak anda. Penyusuan bayi dapat membantu membakar kalori dengan lebih cepat. ibu2 digalakkan untuk menyusukan anak secara ekslusif untuk sekurang2 nya selama 6 bulan. Ianya bukan sahaja bagus untuk menurunkan berat, namun ianya juga membantu proses pengecutan rahim.

4) Minum air masak yang cukup
Ibu2 digalakkan untuk meminum air masak yang secukupnya untuk memudahkan proses pembuangan supaya tidak mengalami masalah sembelit. Ianya juga membantu mengempiskan perut kite secara tidak langsung.

5) Sokongan dari suami
Sokongan dari suami adalah sangat penting kerana wanita2 selepas bersalin ini adalah lebih cenderung untuk menghadapi gangguan emosi. Jadi jika emosi terganggu isteri anda mungkin tidak ada semangat untuk memperbaiki dirinya dan menjaga kesihatannya. Perlu diingat tujuan untuk menurunkan berat badan adalah bukan sahaja untuk nampak cantik tetapi adalah untuk menjaga kesihatan dan memulihkan kembali tenaga2, otot2 dan urat2 anda yang perlu diperbaiki selepas proses bersalin.

Berminat untuk mendapatkan bengkung moden yang mudah dipakai?
Hubungi Azza 0192460537.



Sunday, 10 January 2016

Membedung bayi adalah perlu atau tidak?

Zaman masa kini yang semakin moden membuatkan amalan2 asuhan tradisi nenek moyang semakin dilupakan. Hal ini mungkin disebabkan peredaran zaman yang semakin moden dan ibu2 banyak memilih untuk mengasuh bayi mereka secara lebih moden. Bukanla tidak mengamalkan tradisi nenek moyang tetapi cara2 asuhan dr zaman dulu telah banyak dimodenkan untuk mengikut peredaran masa antaranya seperti amalan membedung baby ini.

Jika ibu2 was2 sama ada amalan bedung bayi ini adalah perlu atau tidak,jawapannya ya. Banyak sebab bayi kecil perlu dibedung,antaranya adalah bayi yang baru lahir ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan luar kerana mereka sudah biasa duduk di dalam rahim ibu mereka yang nyaman dan tanpa gangguan. Sebab itu mereka perlu dibedung untuk memberi keselesaan dan suasana yang nyaman.Bayi yang dibedung dengan tangan dan kaki dirapatkan adalh lebih nyenyak tidurnya dan tidak mudah terkejut. 

Selain itu apabila dibedung ianya dapat mengelakkan bayi kecil daripada dimasuki angin dan boleh menimbulkan masalah kembung. Selain daripada dibarut,bayi kecil juga perlu dibedung supaya tidak kembung terutamanya bayi newborn.

Namun begitu ada sesetengah kes yang membuatkan bayi tidak perlu dibedung. Jika bayi anda suka mengeluarkan tangannya apabila dibedung anda boleh membedungnya bermula dr bawah ketiak supaya lebih selesa. Ada juga ibu2 yg memilih untuk pakai sekali sekala kerana mengikut perubahan umurnya yang semakin besar. 

Jika bayi anda sering menangis dan menunjukkan tidak selesa apabila dibedung mungkin adalah kerana suhu persekitaran yang timggi atau kerana telah memakai baju yang agak tebal dan menyebabkan haba terperangkap yang membawa kepada kepanasan terhadap bayi. Oleh itu anda boleh pilih untuk tidak membedungnya. Juga mungkin disebabkan peringkat usianya. 

Bayi juga tidak perlu dibedung jika demam ini kerana apabila dibedung haba2 akan terperangkap dan menyumbang kepada peningkatan suhu badan mereka.

Pemilihan bedung juga perlu sesuai dengan bayi kecil, materialnya hendaklah daripada kain yang tidak begitu panas. Ianya hendaklah lembut,selesa dan yang boleh memberi kenyamanan pada bayi kecil.

Bedung moden merupakan bedung yang sesuai digunakan kerana : 

Material 100% cotton
Kain sejuk dan tidak panas
Dipakai dengan kemas kerana ianya boleh dizip atau dilekatkan,jd memudahkan ibu2.
Saiz yang sesuai untuk bayi kecil.



Berminat untuk dapatkan bedung moden ini, Buy now atau whatsapps azza 0192460537.